^klik! klik! klik!^

orang gojes sedang stalker sayer =)....siler tinggalkan jejak anda yer...insyaAllah sayer akan terjah anda kembali ;p

TQ keraner mngikuti sayer ;p

Tuesday, June 28, 2011

mengapa sampai perlu melakukan JENAYAH ???

Guru nyaris maut dilibas parang...


KETIKA mahu melarikan diri, penjenayah mengacukan parang ke arah mangsa yang terbaring di atas jalan.


KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita bukan sahaja kerugian sebanyak RM8,800 malah nyaris maut ditetak dengan sebilah parang oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di Jalan Amzil, Taman Melewar dekat sini tengah hari semalam.

Kejadian di hadapan rumah mangsa yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya dilakukan empat orang penjahat lelaki menaiki dua buah motosikal berwarna hitam.

Dalam tempoh satu minit sahaja, dua perompak dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menyerbu ke arah mangsa sementara dua lagi bertindak mengawasi keadaan sekeliling di depan pintu pagar rumah guru itu.

Menurut mangsa yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, Nazalina Nawawi , 36, berlaku pergelutan di dalam kereta apabila penjenayah itu merentap gelang tangan bernilai RM1,200 dan menyelak tudungnya untuk mengambil rantai leher.

Bagaimanapun, dia tidak memakai rantai leher menyebabkan perompak bertindak merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai hasil perniagaan kedai buku milik suaminya sebanyak RM6,500 dan sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry bernilai RM1,100.

Enggan melepaskan beg tersebut, Nazalina diheret ke luar kereta mengakibatkan berlaku pergelutan dengan penjenayah terbabit.

SUMBER: KOSMO ONLINE

Salam u all....kejadian kat atas nih berlaku sangat2 lah dekat ngn rumah aku...agak takut la jugakkan...tapi malang tuh x berbau kan....kita bukan boleh jangka atau agak bila kejadian buruk nak jadi kat kita....so, sama2 lah berdoa semoga nasib yang baik akan sentiasa menyebelahi kita....tapi kalo Allah berikan dugaan kat kita, janganlah cepat melatah plak....cuba renung2kan balik amalan2 seharian kita....lagipon bila Allah bagi kita ujian...itu tanda Allah sayang kat kita....so, that kita akan ingat balik kat Allah...biasalah manusia...selalu lalai dan leka....

hmmm....ttiba aku terfikir...kenapa manusia perlu lakukan jenayah?kenapa perlu merompak?dah DESPERATE sangat kah manusia sekarang nih....sampaikan nak kenyangkan perut sendiri pon perlu pertaruhkan nyawa orang lain?cuba diorang bayangkan mak diorang yang kena rompak tuh???ish ish ish....

pesanan penaja: THINK! THINK! THINK! many times b4 u take any action laaaaa......ingatlah orang2 yang anda SAYANG.....takpon...ingatlah kat orang2 yang SAYANGkan anda ;)

sokSEKsokSEKpndgKIRIpndgKANAN: niat di hati nk bw najmie tgk TRANSFORMER 3 tp kan hjg mggu ni ada larian 1 sukan 1 murid,jmputan kenduri kawen,isnin~rabu ada kursus ict kt shah alam,khamis~sabtu bw budak g usm..kena tggu ahad lagi 1 la plak.hmmm~

3 comments:

  1. Nauzubillah....

    Jauhkan la daripada berlaku kepada kita!

    Manusia sekarang,sangat kejam dan sangat penting diri...

    ReplyDelete
  2. td ada gk baca pasal ni kt fb didi..agak menakutkn gk la..huhu...xtau apa nk jd zaman skarang...(~_~)

    ReplyDelete
  3. kesian..ni lh mnusia akhir zaman..hurm..x takut blasan akhirat kot..

    ReplyDelete