2011/05/03 [sumber: berita harian online]
JOHOR BARU: Tindakan lima konstabel sebuah balai dekat Tampoi di sini, berinteraksi melalui laman sosial Facebook dengan mengaibkan Ketua Polis Balai (KBP) mereka dan seorang sarjan, membawa padah kerana selain dikenakan tindakan disiplin, mereka turut disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ini berikutan, KBP berpangkat Cif Inspektor itu membuat laporan apabila menyedari lima anggota polis terbabit mengaibkannya dan seorang penyelia Unit Pencegahan Jenayah berpangkat sarjan, selepas melayari laman sosial itu pada 15 April lalu.
Lima anggota terbabit membuat ulasan antara satu sama lain atas tajuk ‘OCS Mengamuk’ menerusi profil komuniti Tampoi Club dan pada status pelayar internet menggunakan nama Grape Masam.
Berikutan perbuatan itu, KBP berusia 32 tahun berkenaan membuat laporan polis di balai sama terhadap anak buahnya, berikutan komen ditulis mereka jelas merujuk kepadanya.
Ini kerana KBP terbabit mendapati nombor telefon peribadi miliknya dan sarjan berkenaan turut dipaparkan pada laman sosial berkenaan, menyebabkan mereka kerap menerima panggilan daripada individu tidak dikenali sejak beberapa minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat KPB terbabit dan kes itu diserahkan kepada SKMM untuk siasatan lanjut.
“Sebagai sebahagian daripada pasukan polis, kita tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan tidak baik terutama dilakukan anggota sendiri.
“Kita melihat ia sesuatu yang serius dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kerana ia boleh memburukkan imej pasukan polis,” katanya.
*******************************************
moral of da story:
- jangan mengata tentang keburukan orang lain terutama bos anda dalam laman sesawang seperti facebook, blog, my space, Friendster dll...
- jangan mengata tentang keburukan orang lain terutama bos anda dalam laman sesawang seperti facebook, blog, my space, Friendster...
-jangan mengata tentang keburukan orang lain terutama bos anda dalam laman sesawang seperti facebook, blog, my space...
- jangan mengata tentang keburukan orang lain terutama bos anda dalam laman sesawang seperti facebook, blog...
-jangan mengata tentang keburukan orang lain terutama bos anda dalam laman sesawang seperti facebook...
- jangan mengata tentang keburukan orang lain terutama bos anda dalam laman sesawang...
- jangan mengata tentang keburukan orang lain terutama bos anda...
-jangan tentang keburukan mengata orang lain...
- jangan mengata tentang keburukan...KERANA MENGATA TENTANG KEBURUKKAN ORANG LAIN ITU BOLEH MENAMBAHKAN DOSA OK ! PENAT2 JER KUMPUL PAHALA BUAT BAIK SEPERTI SOLAT LIMA WAKTU, MENGHORMATI ORANG LAIN, MENDERMA, MENOLONG ORANG LAIN DLL...SEMUANYA JADI SIA2 BILA KORANG MENGATA TENTANG KEBURUKAN ORANG LAIN...CERMINLAH DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU KERANA KADANG2 KITA LEBEY KURANG JER SEBENARNYA NGAN ORANG YANG KITA PERKATAKAN ITU ! ... MENEGUR DENGAN BHEMAH LEBIH SESUAI KOT...;D
renung2kan dan selamat beramal =)
untuk ingatan bersama dan diri sendiri jugak ;p

sokSEKsokSEKpndgKIRIpndgKANAN: btw, entri nih takder kaitan dengan sesaper + entri nih dah jadi pekasam dalam draft aku sejak seminggu yang lalu + aku dah ngantuk giller walaupon baru kat slide yang ke 27 untuk nota induksi aku...doakan aku berjaya dalam induksi aku OK !
tu la pdhnya kalau ambik remeh bnda2 yg kat laman sosial tu..ckp ikut sedap mulut..tu pn boleh wat bukti..haiz....pa nk jd la...
ReplyDelete