^klik! klik! klik!^

orang gojes sedang stalker sayer =)....siler tinggalkan jejak anda yer...insyaAllah sayer akan terjah anda kembali ;p

TQ keraner mngikuti sayer ;p

Showing posts with label jemari seni. Show all posts
Showing posts with label jemari seni. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Mencari-Suami@JS.com

salam all...
selamat malam...
malam nih aku masukkan entri ngan takde perasaan ok...
mgkin sbb esok adalah hari sabtu
dan setelah bmggu2 ari sabtu aku kena pergi sekolah...
sabtu minggu ni aku free...yeay!

tapi aku still x boleh nak beronggeng esok...
sebab esok aku ada TAKLIMAT INDUKSI
kol 2.30 ptg smpai 4.30 ptg...
hmmm..dengarnya nak dapat assignment...
TAKUTNYA!!!!!!!!

owh bbalik kpd tajuk entri...
dalam hati korang mesti kata
"patut la dd ni sibuk ajak orang g pesta buku kat pwtc tu, ada udang di sebalik mee goreng rupenyer, CET "

hahhaha...nampak sangat menipunya....

itu adalah tajuk novel berikutnya yang aku nak review...
sumber: laman wen rasmi JEMARI SENI


Mencari-Suami@JS.com


Harga: RM22.00 (Sem. M'sia)/RM25.00 (Sabah/Sarawak)

Bijak sungguh NORMASLINA MASRI membawa anda ke sana ke sini dalam Mencari-Suami@JS.ComThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . Genius sungguh ideanya, anda ingin mencuba caranya? Dipersilakan!

Baca bab pertama

Nama aku unik: Sofea Saloma. Macam primadona. Hidup aku? Tak glamor mana pun. Kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari, 5 hari seminggu.

Hari datang dan hari pergi. Sampai aku tak ingat yang umur aku kena tambah SATU setiap kali Januari tiba. Sehinggalah satu hari emak beri aku kata DUA.

Waktu itu, baru sedar umur aku depannya dah ada angka TIGA
Masa itu aku baru sedar aku ada masalah besar: fasal L-E-L-A-K-I
Sebabnya?
Aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!!

Setelah aku (+ - x ÷) = inilah keputusan yang aku ambil:

***********************************************************************
Tarikh Iklan: Jumaat, Sabtu & Ahad
Saiz: 2Rx10cm
Edisi (keluaran): Edisi Utara, Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak.

Wanita Melayu, beragama Islam, berperwatakan sederhana, 33 tahun, berpelajaran, ingin mencari calon suami yang mempunyai kriteria seperti;
(a) bekerja tetap
(b) berumur sekurang-kurangnya 33tahun ke atas
(c) bujang/duda sahaja
(d) beragama Islam

Sesiapa yang berminat sila e-mel maklumat peribadi kepada mencarisuami@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it sebelum 15 Oktober 2010.

***********************************************************************
Perjalanan hidup yang tidak pernah aku jangka pun bermula...

LALALALALALALALLALALALA

novel pilihan aku kali ini, bukan sebab siapa novelisnya...sebab baru first time nak bacer novel Normaslina Masri ni....tp ttarik sbb dier punya tajuk + sinopsis + iklan dalam sinopsis tuh la...terasa macam dekat dengan diri sendiri lah plak...hahahahaha...

ELINASHAKILA, adalah kita perlu berbuat demikian jugak???hahahaha..walaupun umur kita depannya masih angka DUA...tapi kalo dibundarkan depannya dah jadi angka TIGAAAAAAAAAAAA !!!!! gerun ok! fine, nak g bersiap2 g serbu booth JS malam nih jugak...errkkkk.....pesta buku tuh smpai kol 9 malam jer la....

btw, novel nih ada diskaun 20 % gak =) ....kalau nak dapatkan autograf daripada NORMASLINA MASRI....jom terjah pesta buku antarabangsa kuala lumpur

esok, sabtu, 23 april 2011...pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang
lusa, ahad, 24 april 2011...pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang...

OK! pasni nak terjah2 website KAKI NOVEL @ PTS @ ALAF 21 la plak....yang nak pergi pesta buku besok, sila shopping buku banyak2 ya tapi jangan habiskan tau.....[mode: sedang jeles kepada UMMUR n SYAMIMI yg nak terjah pwtc esok....jeles gak kat MASTURA yg dah pergi survey pesta buku tadi]

sokSEKsokSEKpndgKIRIpndgKANAN: tengah berangan-angan berjumpa KO !

Friday, April 22, 2011

2 buah tangan dari SYUD =)

salam all...
ni entry pagi tadi yang terperuk...
kena edit2 sket ya..
ok nak review novel SYUD lak...

sumber: laman web rasmi JS

################################################



Tiga ceritera dalam sebuah

TINTA


Harga: RM21.50 (Sem. M'sia)/RM24.50 (Sabah/Sarawak)

Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim

(Baca Prolog)

Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.

Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?

Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?

***

Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud

(Baca Prolog)

Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.

“Sufiy.”

“Ya?”

“Nama saya Ameer.”

“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”

Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?

***

Ceritera 3 - Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)

(Baca Prolog)

Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?

Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.

Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta?

################################################

Baju Melayu Hijau Serindit

Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)


SYUD selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yang memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis. Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan kalau jodoh tidak ke mana!

Baca bab awal
Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.

~ I ~

Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?

“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”

~ II ~

Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!

“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”

Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
Sedihlah

################################################

pendapat aku???

TINTA: 3 cerita dalam 1 novel....3 novelis berbicara dalam 1 novel...

Wajah Ketiga
~ Nasron Sira Rahim: novelis thriller ...time pbakl 2010 aku beli novel dia tajuk NAMA ATAS KERTAS...kagum ngan dia nih sbb dia berjaya buat aku minat bacer novel thriller....ksinambugan ayat2 dia buat aku tertarik2 nak tau aper rahsia yg tersembunyi padahal dalam novel jer kot...

Dia, dalam Ramai... ~ Syud: slps HLOVATE, novel JS yg aku suka adalah novel SYUD...kalo korang pernah baca KEBUN MIMPI, DAMAI, PELANGI, TENTANG DHIYA....so, rasanya korang tahu kenapa aku suka baca hasil tangan SYUD nih ;p

Ada & Evan ~ Pingu Toha: novel PINGU TOHA slaloonyer ada kesinambungan daripada novel2 sblm nih....tuh jer yg aku ingat ..hahaha...

################################################

Baju Melayu Hijau Serindit

“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”


AKU SUKA AYAT TUH, JADI AKU NAK BELI NOVEL NIH !!!!!

################################################

jom terjah PBAKL 2011 kat pwtc....btw, dua2 novel kat atas nih pon ada diskaun 20%...mmm...kalo tgk jadual novelis nasz akan berada kat booth JS ari ahad 24 april nih pukul 10 pagi hingga 2 petang....kalo korang baca SWEET SOUR...kompem korang kenal nasz saper....kalo x beli lagi SWEET SOUR, sila beli ok! best sangat! ada diskaun 30% ....

sokSEKsokSEKpndgKIRIpndgKANAN: yeah! dah plan konon2 nak terjah pbakl 2011 ngan faris ari rabu nih selepas abes pertandingan kawad kaki kat SMK Seri Kundang....itupon kalo smpat la...kalo x,kna g last day la jugak~

kalau anda peminat HLOVATE anda wajib dapatkan CONTENGAN JALANAN ;p

salam
selamat pagi....
untuk entri nih aku akan review
bbrp novel yg aku akan beli kat PBAKL nnt...
sumber review:
a) laman web rasmi JEMARI SENI
b) facebook rasmi JEMARI SENI

Dua contengan dalam satu coretan ~
Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan


Harga: RM21.00 (Sem. M'sia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak)

I-FEND

II-K2

:: SEDIKIT SINOPSIS ::

I – Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.

II – K²


Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.
Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.

#####################

komen aku??

selalunya novel HLOVATE nih memang aku nanti2kan...sbb ayat2 dalam novel dia mungkin macam ayat2 remaja masa kini tapi jalan cerita dia penuh dengan "moral of da story" ...selalunya aku x tgk pon sinopsis dier....asalkan HLOVATE jer aku terus beli...kat rumah baru nak sibuk baca sinopsis ker ape ker.....so, stakat nih dah pernah baca semua novel HLOVATE:5 tahun 5 bulan, tunas, aA+bB, pelangi, rooftop rant...sangat best + sanagt berpuas hati + sangat berbaloi2...maka, rasanya wajiblah utk dapatkan buah tangan HLOVATE yg baru nih: CONTENGAN JALANAN =) ...mula2 ingat 2 buah novel pasal ada 2 cover...tapi aku rasa 2 cerita , 2 cover dalam satu novel....satu cover depan, satu cover belakang....btol x???kalo nak tau jom terjah PBAKL kat pwtc hari ini!!!!!!!!!!!!!![hahahha..aku pon x tahu lagi nak pergi bila nih..hmmmm]....ada 20% diskaun utk novel JS KELUARAN 2011 =)

btw, terjumpa lagi satu novel yg aku takde lagi dari laman web rasmi HLOVATE ...tapi nih novel kanak2

geng ABCDE bercuti ke Arau

pasnih nak review novel2 SYUD plak...dah pernah dapat autograph dia tahun lepas =) tahun nih xdapat lagi dah kot...tak caya tgk kat jadual bawah nih...=/

syud akan berada di booth JS arinih jam 2.00 ptg hingga 6.00 ptg

waaaa.....maner leh nak pergi arinih =(

sokSEKsokSEKpndgKIRIpndgKANAN: arinih nak g mesyaurat petandingan kawad unit beruniform kat SMK SERI KUNDANG...pastu esok ada taklimat induksi....ahad lak ada 2 jemputan kenduri ....nasib baik dua2 dekat....hmmm bila nak g PBAKL nih??

Thursday, April 21, 2011

booth JEMARI SENI adalah salah satu booth yg wajib diterjah pd PBAKL 2011...

salam all...
menaip entry dengan malasnya..
pasal ngantuk...
pastu runsing pk..
SMK SERI KUNDANG tuh kat mana....
kena pergi meeting esok...
tp tak tahu sekolah tu kat mana...=/

ok abaikan sumer tuh yer...
esok pandai2 lah aku...
berbalik kepada tajuk entri...
kalo korang PENGGILA NOVEL...
booth jemari seni aderlah booth yg wajib diterjah...

bdasarkan pemerhatian aku..
penulis2 bagi novel keluaran JEMARI SENI nih
adalah pnulis on9 pada mulanya...
maksud aku mula2 diorg tulis hasil seni tangan diorg tuh kat dunia maya nih..
then, ada orang baca dan ikut...
pastu ada permintaan untuk dibukukan...
not really sure ...
samada tuh adalah proses yg sebenar atau tidak...
hanya satu kesimpulan berdasarkan pemerhatian aku...

suker bacer novel keluaran JEMARI SENI
sbb novel2 yang dihasilkan santai untuk dibaca...
pendek kata memenuhi selera aku lah..

so, jom terjah booth JEMARI SENI
kat DEWAN TUN HUSSEIN ONN
no gerai:A05-A08

nak tau bila novelis kegemaran korang akan berada kat booth JS tekan SINI !


nak tau diskaun yg ditawarkan kalau korang beli novel JS banyak2 tekan SINI !

nak tau aper gift yang bakal korang dapat kalo shopping novel2 JS tekan SINI !

ok fine! aku memang peminat novel JS....nantikan aku punya next entry...review pasal novel kot =)

sokSEKsokSEKpndgKIRIpndgKANAN: aku malas naik taip entry warna warni kali nih boleh x?..hehe...