korang liat x bangun2 pagi nak bersahur2?...selalunya, malam pertama atau minggu pertama Ramadhan rajin lagi kot nak bangun sahur...nnt dah masuk minggu penghujung2, mula lah liat kan...so, untuk entry kali ini...cik dd nak share dengan korang tentang KEPENTINGAN BERSAHUR ;)
BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fekah akan berkata: "Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja." Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.
Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).
Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :
عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السُّحُورِ
Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur
(Hadis riwayat An-Nasaie.)
Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).
Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh.
Dari Anas bin Malik R.A bahawa Zaid bin Thabit pernah berkata: "Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh) dan kadarnya (di antara sahur dan solat subuh) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat al-Quran. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Zaid ditanya : "Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?" Berkata Zaid: "Sekadar membaca 50 ayat al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari)
Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.
Di sebalik begitu pentingnya sahur, janganlah pula lupa yang sangat wajib ditunaikan, yakni SOLAT SUBUH. :)
Sumber: SINI
-------------------------------------------------------------------------------------
so, apa kenangan sahur yang korang x boleh lupakan? bagi cik dd, tentulah kenangan bersahur zaman2 universiti dulu....bersahur biskut kering jer...almaklumlah duduk hostel kan....tapi pernah jugak makan sahur berat2....pesan makanan kat member yang pergi bersahur ngan boifren dia....hahahah...pernah jugak bersahur kat mcD pastu sambung buat assignment...rindu saat itu !
ok lah...nak tdo nih..tahun nih seperti dua tiga tahun yang lepas....insyaAllah akan bersahur penuh di rumah bersama ayahanda n bonda....almaklumlah pas abes blaja, keje dok ngan family...tahun nih bernekad nak tolong mak masak sahur...selalui cik dd bangun sahur terus makan jer....amboi anak dara nih tahu makan je...;)
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
sokSEKsokSEKpndgKIRIpndgKANAN: no Monday blues for today due to CUTI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....yeah! hari nih sekolah saya cuti sempena Larian 1 Murid 1 Sukan harituh ;)
hah.. tido awai bangun sahur.. :D
ReplyDeletehehe..nsb baik sy bgn sahur td,minum seteguk air pun jd le kn..:D
ReplyDeleteslmt berpuasa ;)
jalan2 sambil beri senyuman, nk bawak milo td tp xleh pose kaaan.. huhuhu selamat bepose!
ReplyDeletehttp://lolz-l.blogspot.com/2011/08/selamat-berpuasa-ya.html#
salam ramadhan juga.. semoga ibadah kita dterima Allah swt
ReplyDeletekorie xbangun sahur td. liat sangat nak bangun
ReplyDeletebtw.. rsanya sempat minum air mineral jea kot.. dlm sedar xsedar ^^
salamat berpuasa yea.