^klik! klik! klik!^

orang gojes sedang stalker sayer =)....siler tinggalkan jejak anda yer...insyaAllah sayer akan terjah anda kembali ;p

TQ keraner mngikuti sayer ;p

Friday, April 22, 2011

kalau anda peminat HLOVATE anda wajib dapatkan CONTENGAN JALANAN ;p

salam
selamat pagi....
untuk entri nih aku akan review
bbrp novel yg aku akan beli kat PBAKL nnt...
sumber review:
a) laman web rasmi JEMARI SENI
b) facebook rasmi JEMARI SENI

Dua contengan dalam satu coretan ~
Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan


Harga: RM21.00 (Sem. M'sia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak)

I-FEND

II-K2

:: SEDIKIT SINOPSIS ::

I – Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.

II – K²


Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.
Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.

#####################

komen aku??

selalunya novel HLOVATE nih memang aku nanti2kan...sbb ayat2 dalam novel dia mungkin macam ayat2 remaja masa kini tapi jalan cerita dia penuh dengan "moral of da story" ...selalunya aku x tgk pon sinopsis dier....asalkan HLOVATE jer aku terus beli...kat rumah baru nak sibuk baca sinopsis ker ape ker.....so, stakat nih dah pernah baca semua novel HLOVATE:5 tahun 5 bulan, tunas, aA+bB, pelangi, rooftop rant...sangat best + sanagt berpuas hati + sangat berbaloi2...maka, rasanya wajiblah utk dapatkan buah tangan HLOVATE yg baru nih: CONTENGAN JALANAN =) ...mula2 ingat 2 buah novel pasal ada 2 cover...tapi aku rasa 2 cerita , 2 cover dalam satu novel....satu cover depan, satu cover belakang....btol x???kalo nak tau jom terjah PBAKL kat pwtc hari ini!!!!!!!!!!!!!![hahahha..aku pon x tahu lagi nak pergi bila nih..hmmmm]....ada 20% diskaun utk novel JS KELUARAN 2011 =)

btw, terjumpa lagi satu novel yg aku takde lagi dari laman web rasmi HLOVATE ...tapi nih novel kanak2

geng ABCDE bercuti ke Arau

pasnih nak review novel2 SYUD plak...dah pernah dapat autograph dia tahun lepas =) tahun nih xdapat lagi dah kot...tak caya tgk kat jadual bawah nih...=/

syud akan berada di booth JS arinih jam 2.00 ptg hingga 6.00 ptg

waaaa.....maner leh nak pergi arinih =(

sokSEKsokSEKpndgKIRIpndgKANAN: arinih nak g mesyaurat petandingan kawad unit beruniform kat SMK SERI KUNDANG...pastu esok ada taklimat induksi....ahad lak ada 2 jemputan kenduri ....nasib baik dua2 dekat....hmmm bila nak g PBAKL nih??

9 comments:

  1. fans Hlovate jugak? me too! nak dapatkan 2-2 novel tu jugak. tp 30hb nanti baru berkesempatan ke PBAKL. huhu. pls, jgn hbskan buku2 ni...hehehe.

    ReplyDelete
  2. wahhh!sronoknya..syg niesa nye tiket flight lambat..kalau tau bek g awl2..hukhuk..

    ReplyDelete
  3. minat hlovate juga!tapi daa xbekesemapatan daa nak beli novel dia..tunggu laa balik nie nak borong abes-abesan!

    ReplyDelete
  4. adess..akakkkkkkk..jemari seni jual buku ni dekat pameran je ke? online takde? T____T

    ReplyDelete
  5. @hanaahmad yup...minat kat hlovate sgt2....slalonyer x pernah miss beli novel dier...mmm sy pon mayb last day br dapat terjah pbakl tuh...hmmm

    ReplyDelete
  6. @Niesa tuh la...kan arituh dd ader tnyer niesa dtg KL bl...kl dtg time pbakl kan best....hehe...xper2 ...tetap x sabar tggu niesa dtg =)

    ReplyDelete
  7. @nur hafiza rahsid ader rasernyer jual on9 tp yg kat pbakl nih first time release la ;p

    ReplyDelete
  8. jelesssss tengok buku banyak2.hahahaha

    ReplyDelete