Nah, untuk inche KO! ;)
[page: 285, 286]
jangan KAU coba aku

aku pi tengok OMBAK RINDU ngan najmie....najmie asyik pow aku jer cuti sekolah nih....ish ish ish....
tapi ramai jugak la kater filem nih best =) ....semua ada pendapat masing2 kan...aper2 hal pon walaupon aku rasa filem nih SUAM2 KUKU....ader satu benda yang aku suker...iaitu lagu OST filem nih nyanyian HAFIZ n ADIRA...aperhal aku dengar kat radio lagu nih cam laki jer yang nyanyi semua part.....hahahahha....
booth KAKI NOVEL di DEWAN TUN RAZAK
jadual kehadiran novelis2 KAKI NOVEL di PBAKL 2011
dalam next entry, mungkin cik dd akan review novel MAID karya Suri Ryana

Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim
Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.
Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?
Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?
***
Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud
Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.
“Sufiy.”
“Ya?”
“Nama saya Ameer.”
“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”
Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?
***
Ceritera 3 - Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)
Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?
Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.
Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta?
################################################
I-FEND
II-K2Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.
II – K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.
Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.
Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.
#####################
komen aku??
selalunya novel HLOVATE nih memang aku nanti2kan...sbb ayat2 dalam novel dia mungkin macam ayat2 remaja masa kini tapi jalan cerita dia penuh dengan "moral of da story" ...selalunya aku x tgk pon sinopsis dier....asalkan HLOVATE jer aku terus beli...kat rumah baru nak sibuk baca sinopsis ker ape ker.....so, stakat nih dah pernah baca semua novel HLOVATE:5 tahun 5 bulan, tunas, aA+bB, pelangi, rooftop rant...sangat best + sanagt berpuas hati + sangat berbaloi2...maka, rasanya wajiblah utk dapatkan buah tangan HLOVATE yg baru nih: CONTENGAN JALANAN =) ...mula2 ingat 2 buah novel pasal ada 2 cover...tapi aku rasa 2 cerita , 2 cover dalam satu novel....satu cover depan, satu cover belakang....btol x???kalo nak tau jom terjah PBAKL kat pwtc hari ini!!!!!!!!!!!!!![hahahha..aku pon x tahu lagi nak pergi bila nih..hmmmm]....ada 20% diskaun utk novel JS KELUARAN 2011 =)
btw, terjumpa lagi satu novel yg aku takde lagi dari laman web rasmi HLOVATE ...tapi nih novel kanak2
geng ABCDE bercuti ke Arau
pasnih nak review novel2 SYUD plak...dah pernah dapat autograph dia tahun lepas =) tahun nih xdapat lagi dah kot...tak caya tgk kat jadual bawah nih...=/
syud akan berada di booth JS arinih jam 2.00 ptg hingga 6.00 ptg
waaaa.....maner leh nak pergi arinih =(
sokSEKsokSEKpndgKIRIpndgKANAN: arinih nak g mesyaurat petandingan kawad unit beruniform kat SMK SERI KUNDANG...pastu esok ada taklimat induksi....ahad lak ada 2 jemputan kenduri ....nasib baik dua2 dekat....hmmm bila nak g PBAKL nih??
klik poster tuk ke laman web rasmi PBAKL 2011
hasil shopping aku kat PBAKL2010
[DOUBLE KLIK utk lihat sinopsis n komen pembaca lain ;p]
Tajuk: Lafaz Kalimah Cintamu
[boleh gak bacer description in ENGLISH>>>klik! klik! klik!]