^klik! klik! klik!^

orang gojes sedang stalker sayer =)....siler tinggalkan jejak anda yer...insyaAllah sayer akan terjah anda kembali ;p

TQ keraner mngikuti sayer ;p

Showing posts with label happy birthday. Show all posts
Showing posts with label happy birthday. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

aku rindu !

salam....AKU RINDU BLOG AKU!!!!!....maka, malam nih aku nak taip secara sesuka hati aku jer....



Penerang Hati - 6ixth Sense ft Saujana

Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampuku jauh dari Mu
Satu nafasku harap kau ada
Hanya pada Mu Tuhan kurayu

chorus:

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

oooooooooo

Jangan pernah Kau menjauh

* ulang chorus 3x

aku suker lagu kat atas nih....act, banyak kali dah kot dengar lagu nih...tapi x tergerak hati pon nak amik tau lagu nih saper yang nyanyi...tapi time drive nak ke SEMANGGOL minggu lepas...ttiba raser lagu nih best plak...mgkin sbb drive lamer sangat...maka, tergerak hati nak amik tau nih lagu saper....pasal raser cam best la plak...n setelah di hayati2 lagu nih....korang mesti tau kan siapakah YANG DIRINDU N DICINTAI dalam lagu nih....mgkin sbb tuh jugaklah aku jatuh hati kat lagu nih ;)....

hmmm....kalo korang nak tau 18 DISEMBER 2011 yg lepas....aku dah masuk 26 !!!!....aku ada satu wish untuk hari lahir aku yang ke 27....jeng jeng jeng....tahun lepas hari lahir aku yang ke 25.....aku sambut hari lahir aku di JAKARTA, INDONESIA....kali nih aku sambut hari lahir aku yang ke 26 di LANGKAWI, KEDAH, MALAYSIA....untuk hari lahir aku yang ke 27....aku x kesah nak berada di mana2 pon...walaupon berada di rumah pon aku x kesah....cuma pada hari lahir aku yang ke 27, AKU NAK _____________________________________ jeng...jeng...jeng...aku raser nak doa banyak2....supaya Allah makbulkan doa aku....hehehe....tapi sempat ke aku merasa hari lahir aku yang ke 27 ????HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI....;)

26 tahun !!!

tuh adalah tiket feri nak balik dari jeti KUAH ke jeti KUALA PERLIS....harga feri tuh 36 hengget sebab aku beli tiket pergi balik.....point aku kat gambar tiket nih adalah TARIKH LAHIR AKU !!!!!....hahahhah....gedik kejap ;p

ader org kan dia x wish tau besday aku...act, tak raser aper pon...sbb x bajet pon dia tau n ingat pon bila besday aku....cumer bila dah 12 tgh malam 19 disember...."alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....selamber jer dier x wish pon besday aku.....kan FB ader bgtauuuuuuuuuuuuuuu"....hahahahaha......tp seriusssssssssssssssss.....x raser aper pon....pelik kan....dan aku tau aku x perlu nak raser aper2...sbb nnt kan ttiba jer dia ADA !....hahahhaa...


kat atas tuh adalah besday present from bff aku, MARNI N ELINA ...ayat spontan ak bile dpt hadiah ni "awat hang bg ak comforter?...ak blom nk kawen lg la" <<<~~~sbb slalonye kl ak yg disuruh beli hadiah kawen (esp kawan2 SPK)...ak mesti akan beli set comforter...hehehe...thanx ya ! Aku suke..bunga2 :)

well....aku pon x pasti keadaan ini akan berlarutan sampai bila....hahahha...ader satu benda yang agak complicated yang aku x boleh nak cerita kat korang....tapi aku agak SENANG la dengan keadaan sekarang....so, i just going wif da flow jer la....

'ada orang kata, aku x usaha...tapi actually...aku pon xtau nak usaha macam mana lagi...'

'ada orang kata, aku tunggu dia...tapi actually...aku x buat aper pon utk mmastikan dier stick ngan aku...'

yeah !!! aku mmg going wif da flow jer...selebeynyer...doa...istiqarah....~


beberapa hari lepas, ader kawan aku tag aku kat video kat atas tuh....arinih aku baru bkesempatan nak tengok video tuh kan...aku paling tertarik kat part yang last tuh tau....yang ustaz nih cakap pasal istiqarah tuh tau...ustaz azhar idrus kata..." bila istiqarah tapi tak nampak terus istiqarah n istiqarah lagi....kalau kita ingat jodoh kita tuh hati terasa lapang, maka itu petunjuk JODOH YANG BAIK...tapi bila kita sebut nama dia, tengok gambar dia...sempit dada, serabut fikiran...maka itu petunjuk BUKAN JODOH YANG BAIK"

terus seseorang masuk dalam minda aku...jeng jeng jeng.....dan time2 tuh jugaklah dia APPEAR kat FB....aderlah nak dekat seminggu aku x nampak dia kat FB.....hmmmm~ngan dia nih kan memang aku akan serabut pon....hahahahhah....tapi SERABUT ngan dia sebulan SEKALI jer la....pastu boleh TERSENYUM untuk SEBULAN yg berikutnyer.....hahahhaha...

sokSEKsokSEKpndgKIRIpndgKANAN: x sabar nak jumpa orang lepas dia ;) for d time being... aku menikmati hari2 yang membuatkan aku tersenyum melalui dia ;p ...TERIMA KASIH YA ALLAH kerana pinjamkan dia kepada saya...=)

Wednesday, October 5, 2011

# Wordless Wednesday : 14

kepada ...



yang ke

----------------------------------------------------------------------------------------------------
kepada ...







daripada


dengan ucapan...



sokSEKsokSEKpndgKIRIpndgKANAN: terima kasih pakcik GOOGLE sebab bagi saya cilok banyak gambar ;)

Tuesday, July 26, 2011

selamat hari lahir ADIK yang ke 21 ;)

salam..entri taip laju2 sebab dah tengah malam...hahahhaha...korang ingat tak hari lahir korang?selalu korang buat apa time hari lahir korang?makan kek?belanja kawan2 makan?beli hadiah?so, kat sini aku nak share ngan korang something ok !

--------------------------------------------------------------------

SOALAN:

APAKAH hukum sambutan hari lahir dengan menyediakan kek serta lilin dan diiringi lagu happy birthday to you. Ada yang mengatakan kek yang diletakkan lilin itu sebagai simbolik orang kafir memecahbelahkan Islam ketika zaman dahulu.

Bagaimana pula sambutan yang dibenarkan oleh Islam?

JAWAPAN:

Kita sering diingatkan supaya tidak menyerupai sesuatu kaum, seperti mana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia dikira dari kaum tersebut”. (riwayat Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437, Al-Haithamiy, Majma’ al-Zawaid, jld: 10, hlm: 274).

Maksudnya kita ditegah supaya tidak menyerupai mana-mana kaum yang jelas ingkar kepada Allah SWT.

Kalau dilihat sepintas acara sambutan hari jadi tidaklah menggambarkan apa-apa. Namun banyak yang diceritakan bahawa memotong kek dengan meniup lilin adalah sambutan golongan bangsa yahudi atas kemenangan mereka ke atas umat Islam.

Apa yang dikhabarkan ialah kek itu umpama dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam. Lalu ditiup lilin menandakan mematikan cahaya Islam dan memotong kek maksudnya membahagi-bahagikan taklukan yahudi atas negara-negara Islam.

Saya kira semacam ada dongengnya. Alasan saya, cahaya lilin tiada kena mengena dengan cahaya Islam, cahaya Islam adalah Nur yang tidak boleh dipadam oleh sesiapa pun, kerana ia bukan cahaya hakiki (cahaya sebenar seperti cahaya lampu) tetapi cahaya maknawi (yang diumpamakan tetapi tidak sama).

Umat yang beragama Islam tahu bahawa bangsa Yahudi tidak pernah rasa tenang dan reda atas orang Islam, kerena mereka benar-benar inginkan umat Islam terpedaya atas segala ajakan mereka dalam segenap kehidupan manusia. Ini termasuklah mempengaruhi umat Islam supaya meniru mereka.

Allah SWT yang mengutus Rasul-Nya Muhammad saw telah berfirman yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)

Allah SWT memaklumkan dan memberi peringatan agar umat Islam berhati-hati atas segala tindak tanduk kaum Yahudi yang sentiasa merancang jahat atas kemusnahan agama Islam. Adapun cahaya Islam tiada kaitannya dengan cahaya lilin, kalau dipadamkan cahaya lilin dengan meniup tidak bermaksud terpadam cahaya Islam.

Allah berjanji akan menjaga cahaya Islam, biarpun golongan yang memusuhi Islam cuba memadamnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (al-Saf: 8)

Cahaya Allah dalam ayat ini bermakna Islam yang sedang berkembang dan akan terus berkembang biarpun ada usaha untuk memadamnya (menghentikan).

Menerusi kedua-dua ayat yang di atas dapat disimpulkan bahawa meniup lilin dan memotong kek tidak seperti yang dimomok-momokkan oleh segelintir penulis.

Mungkin cara berfikir sesetengah dari kita yang tidak analis sesuatu cerita dari sudut latar belakangnya, lalu mudah menerima perkhabaran yang belum tentu kesahannya. Apa-apa pun setiap amalan kita bergantung kepada niat.

Budaya potong kek diterima dan diislamisasi dengan tujahan nilai-nilai Islam. Justeru, bagi mereka yang ingin menyambut hari jadi setelah dia memotong kek adalah lebih baik kalau disertai dengan bacaan doa selamat.

Adapun nyanyian iringan happy birthday to you ditukar kepada “Allah selamatkan kamu”. Seperkara yang perlu diingat ialah tiada acara melalaikan.

Oleh yang demikian, iringan doa adalah lebih utama kerana majlis itu disambut dengan kegembiraan dengan peningkatan usia yang dikekalkan kesihatan dan keafiatan.

Walaupun demikian, tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua.

Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.

sumber: SINI

------------------------------------------------------------------

Maka, renung2kan dan selamat beramal ;)

Allah selamatkan kamu,

Allah selamatkan kamu,

Allah selamatkan kamu MOHAMAD ALI FUDIN

Allah selamatkan kamu ;)

selamat hari lahir yang ke 21 adik ;)


semoga dipanjangkan umur...
dimurahkan rezeki..
dilimpahi rahmat dan hidayah Ilahi....
dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat ;p


sokSEKsokSEKpndgKIRIpndgKANAN: boleh x nak wish 4 da surprise on my 26th birthday?...tapi nak surprise yang best2 la....nak doa banyak2 lah...;)

Sunday, April 24, 2011

selamat ari lahir MARNI sayang =)

salam
dari semalam aku serabut ok!
sebab ada sedikit masalah berlaku kat blog aku...

ALHAMDULILLAH...
masalah tuh da setel...
aku boleh tidur ngan lena malam nih...
kalau x aku asyik pk jer...

hahaha...actually masalah kecik jer...
tapi kalau tuan punyer nama
NADIRAH BINTI TAJUDIN...
selagi masalah tuh x selesai...
memangla akan srabut dan takde mood...=/

ok luperkan tuh semua...
bbalik kepada tajuk entry....

entri nih istimewa utk bestfriend aku

MARNI BINTI YUSUF...

~sElAmAt hARi LaHiR sAyAnG yg ke 26~


dari

cik dd n cik elina ;p

sorry to say...hang punyer besday tahun nih...

1) no special party =(
2) no cake =(
3) no present =(


SEBAB

aku ngan L...

1) busy giller...aku dah hampir tetiap mggu sekolah 6 hari seminggu...SORI!
2) kiterorgnyer bajet bulan nih dah abes....almaklumlah besday hang kan hujung bulan...SORI!
3) kiterorg plan nak wat surprise ngan pojik...tapi yg hang g angkat phone time L tepon laki hang tuh watper???...terus hilang idea...SORI!


sorry sesangat weyh....sebagai galang gantinyer terimalah......

sajer jer nak tunjuk coklat2 yg abah aku beli dari langkawi time dier g outstation...=)

btw, sila nanges teresak2 dan terguling atas lantai smbil meleleh hingus

SEBAB

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

entry nih

NAMPAK SANGAT MENIPUNYA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!=)

by the way sayang:

1) please waiting 4 da surprise....it mayb a little bit late....but better late than never rite ;p
2) semoga panjang umur, murah rezeki....
3) chayok2! biler aku nak dapat anak sedara nih? =)

sokSEKsokSEKpndgKIRIpndgKANAN: aku tgh pk ak nak tdo ker nak buat kerja??hmmm...

Sunday, April 3, 2011

happy 20th besday adik =)

salam all...nak masuk jugak entri nih wpon ak dah raser ngantuk n penat....so, untuk yang diraikan....
adikku,

NAJWA BINTI TAJUDIN

  • selamat hari lahir yg ke 20...
  • semoga panjang umo...
  • smoga murah rezeki...
  • smoga dapai boifren hensem....
  • smoga dapat jawab final exam dgn jayernyer....
  • smoga smua yg ko cita2kan akan tercapai..
lalalala......so, terimalah hadiah yg x seberapa dari ak nih......

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


[SURPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!]

siler balik untuk mbuka hadiah anda ok! so, hr nih ko dapat call free kan....jd jangan luper call ak OK! hehehe..psssst: boifren kasik adiah aper?

sokSEKsokSEKpndgKIRIpndgKANAN: stiap hari isnin jer ak akan mngalami sindrom malas pergi keje ok! apertah lagi ari sabtu ari tuh ak sekolah....semangat, silerlah mnjelma ok!